Thursday, August 13, 2009

First Day Of School After Long Holiday



Guru Besar SRTJ sedang memeriksa temperature salah seorang guru.
Tcr. Hetty sedang mencek temperature murid.
Guru Besar SRTJ, Ckg. Hj. Mat Dani sedang memerhatikan murid yang diambil temperature.

Tcr. Khairunnisa sedang memberi taklimat kepada murid-murid mengenai penyakit H1NI.

Guru Besar dan Guru Kanan Pentadbiran SRTJ


Murid-murid mendengar taklimat mengenai penyakit H1N1.


Wednesday, March 18, 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W

Tarikh: 12hb Mac 2009
Hari: Khamis
Masa: 7.30 - 10.00 Pagi.

Pada hari Khamis yang lepas, SR Tanah Jambu telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Cikgu Abdul Malik Faizal. Selepas itu guru besar SRTJ iaitu Cikgu Haji Mat Dani bin Haji Abu Bakar menyampaikan ceramah mengenai Nabi Muhammad S.A.W kepada semua murid-murid yang hadir.

Berbagai acara diadakan seperti kuiz, pertandingan azan subuh, membaca ayat-ayat lazim dan membaca surah Al-Fatihah bagi murid-murid pra sekolah. Hadiah-hadiah disampaikan oleh guru besar iaitu Cikgu Haji Mat Dani bin Haji Abu Bakar.




























Thursday, March 12, 2009

Sambutan Hari Kebangsaan Ke 25

Tarikh: 28hb Feb.2009
Hari: Sabtu.
Masa: 7.30 - 10.00 Pagi.


Pada 28hb Feb. 2009 yang lepas, SRTJ telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Yang Ke 25 Tahun. Bermacam-macam acara telah diadakan seperti kuiz, mewarna bendera, mengarang dan juga pertandingan koir bagi murid-murid rendah atas. Acara bagi kuiz, mewarna bendera dan juga mengarang telah dijalankan lebih awal sebelum majlis ini berlangsung.

Dalam petandingan koir, murid-murid Tahun 6 telah mndapat tempat pertama. Tahun 4 pula memenangi tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh murid-murid Tahun 5. Dalam sambutan ini juga diadakan pertandingan pakaian tercantik. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh guru kanan akademik, iaitu Cikgu Fauziah bte Hj Abd Hamid bagi pemenang-pemenang kuiz, mewarna dan mengarang.

Pada hari tersebut, murid-murid dan guru-guru memakai pakaian tradisional yang bertemakan warna bendera Negara Brunei seperti kuning, hitam, putih dan merah.


Cuba teka guru yang berdiri di belakang sekali....
murid-murid rendah bawah

murid Tahun 2 dengan wajah yang ceria dan bersemangat

muri-murid pra

murid-murid pra menyanyikan lagu Allah Peliharakan Sultan



tempat ke 2 pertandingan koir, murid-murid Tahun 4


Tempat ke 3 pertandingan koir (Tahun 5)


Pemenang tempat pertama pertandingan koir (Tahun 6)